Thursday, June 25, 2009


Assalamualaikum….. Sudah lama kami tidak mengemaskini ruangan ini, bukan kerana saja-saja tetapi ketiadaan masa yang sesuai dan masalah line. Walaubagaimanapun, operasi projek cendawan saya berjalan seperti biasa bermula bulan febuari yang lalu setelah tiga kali di landa banjir pada musim tengkujuh. Alhamdulillah….. Bangsal cendawan ke-3 saya siap juga, walaupun hampir 4 bulan tertangguh

Gambar atas, saya sedang mengeluarkan beg-beg cendawan dari stimer untuk di masukkan ke dalam bilik untuk di suntik benih malam nanti. Jumlah beg yang boleh dimuatkan dalam stimer ini adalah 1020 beg. Berpeluh juga saya nak menghabiskan beg-beg ini


No comments: